Rabu, 10 Disember 2014

Update nokiamu

Assalamualaikum.
Pasti ada antara pengguna nokia di luar sana yg menggunakan hp nokia sebagai hp utama memandangkan reputasi jenama ini pernah berada pada tahap UTAMA suatu ketika dahulu.
Namun, ia sudah menjadi sejarah kini dgn kemunculan pelbagai variasi smartphone dengan pelbagai spec & fitur yang hebat seiring keperluan dan kehendak semasa.
Walaupun agak ketinggalan, keupayaan untuk survive bagi hp2 nokia tidak wajar di pandang rendah kerana dalam diam, mereka tetap berusaha membekalkan hp2 lama mereka dengan software2 penting yang up-to-date.
Jadi, bagaimana untuk menjadikan hp2 nokia lama ini kembali menyerlah?
Mudah sahaja bahannya, anda perlukan
cable usb yg baik.
Komputer basic.

Sambungan internet.

Masa lapang dan kerajinan.
Mudah sahaja toolnya kan?




Mula2 pastikan anda menDOWNLOAD software NOKIA SOFTWARE UPDATER yg boleh didapati dengan mudah dari uncle google. Biasanya saya mendapatkan software dari softpedia kerana ia seperti lubuk, taip je ada. mudah sangat.

Download dan pasang software ini.
pemasangan
Proses pemasangan mengambil masa yang agak lama dan memerlukan anda untuk memulakan/restart komputer anda untuk dapat menjalankan aplikasi.

Sambungkan peranti anda melalui kabel USB
Dalam usaha untuk melancarkan perisian dengan betul, pengguna diperlukan untuk menyambung peranti Nokia ke komputer melalui kabel USB, supaya permohonan itu secara automatik boleh mengenal pasti model telefon dan versi perisian tegar yang dipasang.

Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, Nokia Software Updater memeriksa kedua-dua perisian tegar dan perisian yang dipasang pada telefon untuk maklumat terkini dan membolehkan anda untuk memulakan proses muat turun segera.

open the software.



Sambungkan komputer dgn hp anda menggunakan cable usb.
Pastikan komputer anda ada sambungan internet yg baik.
jika terdapat masalah semasa penyambungan, akan keluar amaran

itu kalau ada masalah, kalau semuanya ok, akan kluar mcm ni,

Bila nokia software updater dapat mengesan hp anda, ia akn mula memeriksa dan mencari update utk hp anda.

jika hp anda tu dalam kategori UP TO DATE, keluar lah page macam ni.


jika ia tak up to date pula, akan keluar amaran mengenainya,
pilihan di tangan anda, jika nak teruskan update, tekan je INSTALL tu.
kadang kala ada special device yang perlu memilih apa yg pengguna nak update, so pilihlah.
pilih semua pun tak per.

Proses ini mengambil masa beberapa minit.
Semasa proses ni berjalan, anda bolehlah buat benda lain dahulu.
Dah siap nanti hp anda akan restart.
keluarlah mcm ni pula, TAHNIAH. anda telah UP-TO-DATE

Enjoy your newly updated phone.

#KREADIT KEPADA SOFTPEDIA ATAS BEBERAPA KEPING GAMBAR...

Sabtu, 29 November 2014

Hospital

selain bilik tidur dan bilik mandi. Rasanya tempat lain kita ada etika berpakaian.
Semestinya etika itu adalah sopan dan berpatutan.
Dan seperti yang semua dh tahu, di hospital tak boleh pakai yg pendek contohnya seluar pendek.
Kalau boleh, aku sure ramai yg mahu bgtu.
Dalam negara sibuk bergelut menuju negara maju, ada lagi yg gagal mematuhi benda kecik ni.
P hospital pakai seluar pendek, seluar tidur, short skirt.
Apa bende ni?
X de otak ke?
Pak guard plak buat kje pe sampai bnda mcm ni boleh lepas?

Bila dh ke port2 org bersalin ni, pastinya komunikasi semakin sengit, dgn smart phone yg tak reti jimat batery, maka selepas beberapa jam perlulah di cas semula.
Malangnya aku gagal menemui kepala plug untuk cas hp.
Kat hsi ada je plugnya. Tapi mak guard tak bg cas hp, dia punya hp cas x pe la, utk keperluan kerja katanya(dgr lagu).

Khamis, 13 November 2014

MicroSD smart phone mu

Mari-mari.
Ingin menukar memory kad kepada yg lebih besar kapasitinya?
Tak tahu mana yg sesuai?
Di sini saya menjual memory kad berkapasity 16gb, 32gb dan 64gb dari jenama kingmax.
Memory kad class 10 ini mempunyai read speed mencapai 80mbps.

16gb rm40
32gb rm65
64gb rm130

Jika kamera anda 16mp, memory kad 32gb ini boleh memuatkan 5720pcs gambar manakala 64gb pula dengan 11440pcs gambar.
Sebarang tempahan, sila hubungi saya di number 0192843549. whatapp lagi baik.

Dewan bersalin

14-11-2014.
pg2 wife dah ngadu sakit, so bawa la ke hsi, naik ke tingkat 4, di sana nurse baju biru tu menerangkan(dengan suara level tengking) tanda2 bsalin dan lain2.
tanda2nya?
Air.
Darah.
kejang perut.
Sakit yg kuat.

dalam sakit2 tu, yg x bestnya, tiba2 minta surat nikah, dulu kat clinic dah bagi dah tapi nurse hospital kata x de tulis apa2 rekod dan menyatakan mereka mahu salinan surat nikah.(undeng-undeng katanya)

Ewah2, kerenah birokrasi betul. Konon untuk penambahbaikkan operasi.
So frust, tapi wife tetap masuk untuk check up.

aku kena menunggu
line pulak cam haram j, maxis ada line, celcom x de.setakat sms boleh, nak internet tak lepas.
Ewah2, tebalnya dinding hsi.

result, baru buka 2cm, undeng2 kata kena balik, kena ikut buku dan tambah 10hari= 26/12/2014.
Nurse baju biru dengan suara tinggi n mcm nak gaduh tu suruh kami balik, macam kami ada buat salah dengan dia.

tempat dia, boleh la, kami balik aje.
sakit pulak hati kita.

20/11/2014 (jumaat)
Lepas lik kje, wife ngadu sakit, kami trus ke hsa, kul 8mlm dh sampai d sana.
meneruskan langkah ke bilik saringan, ramai betul org, maklumlah, yg nak beranak sorg, yg meneman@penunggu standby 2/3 org. haha.
episod seluk siasat berlaku.
Cek punya cek, 2cm juga.
kul 11mlm di suruh balik. Katanya x de tanda yg disyaratkn.
Air.
Darah.
kejang perut.
Sakit yg kuat.
Adoi la, balik je lagi.

25/11/2014(selasa)
ke clinic desa ibu n anak utk pemeriksaan bulanan,
doktor dah scan, katanya masa dah cukup, boleh bersalin bila2 masa,
baby pun dah ke bawah kepalanya,
standby je lah,
dekat kul 2 ptg juga baru siap cek, orang ramai dengan sekaum pmpuan yg jakun, cek sorang, datang ramai2, siap bawa bekalan alkohol minum dalam bilik menyusu(ada aircond).

terang2 bilik menyusu untuk ibu2 nyusu anak, bukan tempat ibu2 minum arak.

27/11/2014 (khamis)
sejak wife sakit hari tu, hari2 lunch beli n bawa lik, tak bagi dia masak sangat,
masa balik lunch tengok muka dia macam tahan sakit je,
terus bawa p hsa lagi, kul 1300 dah sampai,
selepas sesi seluk siasat oleh doktor pelatih, katanya 1cm,
ni dokter bodo, nak je aku ajar dia mengenal pembaris n caliper.

bila dokter pakar check, 2cm plak balik.

Tapi tetap kena balik. No contraction katanya.

28/11/2014 (jumaat)
Pagi2 dah ngadu sakit,
tgk ada darah plak,
trus p panggil siti untuk jaga uncit n drive ke hsi, p yg dekat je.
Sampai sini, wife di turunkan dan aku p parking.

Berkejar nak naik ke wad bersalin, aku di tahan pak guard, mujur mak guard nampak dan bawa aku naik.
Kalo x, kna bg penerangan la kat pak guard tu.

Aku pun naik n amek beg dari wife, dia dh tggu, then dia masuk ke bilik saringan n aku ke ruang menunggu.
Dua jam kemudian aku dpt brita buruk, walau kluar darah, kena balik,

Otak aku bercelaru, keliru.

Apa yg jd ni, hari tu kata lain, ni kata lain.
aku peratikan je nurse baju biru dan doktor dalam tu, takde yang yindia pun.

Aku berehat menenangkan fikiran seketika.

Amek keputusan mencoba di HKT pula.
sampai lepas sahaja dari TODAY TIRAM, ada jem sebab pemeriksaan harian sebelum simpang ke pulada oleh pihak polis setempat, aku redah je ikut jalan tanah merah, bila di tahan, aku tunjuk perut wife dan cakap "maaf ye encik, nak bersalin dah ni, nak p hospital"
terus dia bagi jalan.(tq encik pulis)

Baru sampai hkt dh d suruh proceed borg wad.
wife ku di tahan di wad kelas 3 tingkat 3.

Ini yg kita mahu.
Maka bermulalah episod wifeku di hospital kota tinggi.
aku selaku peneman pun tido sana lah malam tu.

Mlmnya aku tdo di bawah, merata port aku try, sumanya ada nyamuk, habis merah2 d inject nyamuk.
fyi, nyamuk hospital lebih educated tentang inject, walau pakai jeans, sampai juga nyamuk2 tu ke lutut.

29-11-2014(sabtu)
7pagi,
Aku lik, nk tgk uncit,
buka pintu je terus dia berlari peluk kaki aku,
hairan, apa yg dia takut.
Trus bawa lik.
masa nak pakaikan helmet, tgk bibir dia pecah.adoi.
angkara sapa ni, bibir sebelah dalam pecah dua tempat, sebelah luar berdarah satu tempat.
sapa yg buat ni memey ada hutang darah dengan aku, tunggu jak.

Bg mkn n bw jln2 tesco, amek aircond.
dia kelihatan bingung, malah makan yogurt pun mcm sakit. sedih sangat tengok.

Ptg tu bawa ke hkt,
jumpa mak,
3 jam dia dpt melepak dgn mak, baru dgr suara dia.

Mlm lak tdo dgn aku, satu tilam queen, dia punya.
Ok, aku tdo tilam dia, sedar pg, dia dh baring kat sblh, adoi, bila masa dia datang entah.


30-11-2014(ahad)
Kul 655pg dh bertolak ke lpgn trbg senai,
amek aping, sampai sana, amek aircond jap, aping pun sampai.
Trus ke hkt melalui highway byk lobang, lubuhraya senai~desaru.

Sampai, wifeku baru 10menit masuk bilik bersalin. Duk2 jap, hantar biskut, bg uncit main, balik.
Hntr uncit ke rmh nenek dia, hntr aping lik rmh trus ke hkt semula.

Kul 12 dari today masai.
Perjalanan walau stgh jam je, terasa lama.(normaly aku amek sejam utk ke kota tinggi)

Sampai hkt kul 1227 trus p bilik bersalin. Dia bg masuk, 15mnt kmudian aku di suruh kluar,
mereka nk check.
aku keluar bagi memberi laluan nurse buat kerja.
aku pun p beli air secawan(limau ais),
masuk n tunggu, manalah nurse ni kata nak panggil.
tiba2 dgr suara baby, tengok kat board tu, wife aku je lat labour room.
terus p tya, ank aku rupanya lahir pada jam 1257(ikut jam tangan aku).
alhamdulillah, jadi wak dady utk puteri pula.


Isnin, 10 November 2014

Kaki kerusi nak mkn kaki orang

Hahaaaaa.
Tu dia tajuk dia, tak glamour langsung, tapi ni la yg aku nmpk setiap kali berkunjung ke clinic IBU DAN ANAK plentong.

Tak tahu pula tentang clinic lain.

Di clinic ni, customernya pastilah ibu bapa dan ank, yg masih kecik dan tidak atau belum mengerti apa-apa.
Yang tahu, bila sakit, menangis, sakit banyak, nangis lama.

Anak2 pastinya sibuk berjalan
dan main sana-sini, di sinilah bermulanya risiko kecederaan itu bila kaki mereka yg di pakaikan selipar comel fancy tu bertemu dengan bucu tajam si kaki kerusi.
Coba kalian bayangkan, Kalau dia berjalan je mungkin tak teruklah lukanya, apa crita kalo dia berlari atau main kejar2?
tersadung pula dengan kaki kerusi yg sebegini
tajam tuuuuu, kaki saya tersadung sikit td pun trasa sangat pedihnya.

Boleh terkopak jari kaki budak tu, tau la clinic, tapi bukan itu manfaat ke clinic yg kita idam2kan.

namun tak semuanya tajam, masih ada yang ada penutup getahnya

dan ada juga yang sudah menjalani proses pemulihan mcm ni
tapi nampaknya proses tu mcm dah terhenti di situ.


Perkara ni dah di perhatikan Sejak wife hamil ank pertama, ni dh nk kluar ank kdua, kaki kerusi di sini masih mcm tu gak. Dimanakah kesudahan kisah ini?

Kepada ibu bapa di luar sana sila hati2, jgn biar ank anda di selubungi sakit kaki. kelak anda jua yang rugi.

utk anak bujang saya, saya telah memilih sepasang kasut yg BOLEH LAH, untuk keselesaan dan keselamatan dia.

Perjalanan november

Perjalanan bulan november,
Dah di rancang sejak september lagi,
7-11-2014 aku lik kul 530ptg, dlm hujan, redah jugak.
Sampai di rumah, bawa motor merah p repair tayar pancit n idupkan lampu depan.
Kul 645ptg baru sampai rumah.
Kul 8 mlm hujan lagi, aku mula kuar dari rumah, gerimis mcm x nk reda, setelah tggu dlm 15minit, ada bas, tapi sampai bandar je, tambang rm2.70.
sampai bandar, tggu bas percuma ke larkin. Kul 930mlm dh sampai larkin.

Di larkin, aku Menunggu di kedai mkn sampai kul 11mlm n menunggu di depan kaunter bas sampai kul 1215mlm, bas pun sampai, aku naik la apa lagi, naik bas plak kecoh dgn kejadian penumpang hilang. Aku tdo terus, mls nk amek taw.

Kul 330pg dh sampai TBS.
Ramai sungguh org tido di seat2 yg di sediakan.
Aku pun merayap cari port nk tdo, byk pot try, suma error.

P tandas jap, selesai urusan di tandas, baru perasan yg dinding tandas tu berlubang, knapa ek, tandas je dinding or pintu berlubang, nk tengok taik org sebelah ke hape?
semasa nk kuar tandas, aku mendapati pengunci pintu tandas dah loose, alamak, how to do?
Puas pusing dgn perbagai skill, boleh pun buka, aku x risau pintu x leh buka, yg aku risau pintu tu tkopak je.

gosok gigi dulu.

ni la lubang di dinding tandas tu.

kelihatan sosok2 manusia tidur dan ada yg mengecas hp mereka.

ni la antara yg tidur di seat2 dlm tbs tu.

selepas subuh aku melepak di seat area kfc, dtg apek ni, katanya dah seminggu sangkut di tbs, nak balik melaka, duit mkn x de.
aku x rasa nak tolong pun.
datang plak satu brader ni, katanya dah 18 hari lari dari rumah, katanya dia tokey ikan di melaka, sedang bawa diri kerana masalah keluarga dan telah menjual hp kerana merajuk dgn kawan2 yg tidak mahu membantu.
tiba2 dtg plak satu mamat ni bg salam dan duduk jauh, hai la, pelik2 ragam manusia.

kul 730pg, yg di tunggu pun sampai, di bawakan speggeti bolognese, sedap tapi aku x larat nak habiskan, lepas mkn dan park beg dlm keta dia, kami pun memulakan agenda melancong ke kl.

dari tbs menaiki ktm dan turun di kl sentral. dari situ bergerak ke klcc. di klcc, naik ke tingkat 4 dan masuk petrosains, tiket rm15 je dan aku betul2 habis tenaga nak pusing dalam tu.
sangat penat.

kuar tu balik semula ke kl sentral dan mkn dulu jap, mau pingsan sudah aku kelaparan.

perjalanan di teruskan ke law yat utk cri sikit cenderamata, apa pun x leh, hampa.

balik ke tbs dan kami naik kereta menghala ke nilai. di nilai aku di tempatkan di hotel aeton, boleh tahan la persekitaran dia.




harga pun menarik dan yg bestnya, aku x dengar pun bunyi org lalu lalang kat situ, kedap bunyi, wifi dia tak payah citer, sampai speed 8mbps aku download movie, malam ke siang.

esoknya si dia dtg bawa sarapan, mee goreng dan pelbagai lagi menu sihat.
usai sarapan, kami bergerak ke putraya dan menuju ke masjid putra, indahnya binaan dan aku mula la gatai tangan nak snap2.










sekian dahulu buat masa ni, ada lagi nanti, aku coretkan lagi.

Ahad, 2 November 2014

Nokia X5-01 pula...

01-11-2014(sabtu)
Alkisah,
Setelah seminggu kerja malam, aku pun berehat dua hari untuk kembali bertugas di syif siang,

Seharian tidur dan malamnya aku melapangkan kepala setelah kekalahan JDT kepada pasukan pahang, aku membawa diri melunsuri internet demi mencari sesuatu yang tak pasti.

Aku terjumpa sebuah nokia pada harga dua angka, kelihatan masih baik, segera aku check spesifikasinya. Menarik,lantas aku hubungi sang peniaga melalui whatsapp dan ternyata item itu masih belum di jual.

Setelah beberapa soalan dan jawapan, aku mendapat tahu bahawa penjualnya menjual bagi pihak kawan, ini yang leceh, payah nak tanya maklumat dan sejarah hidup hp tu secara terperinci. Namun yang nyata ia adalah sebuah HP yg ROSAK screen dia tapi mampu menjawab panggilan.

Berdasarkan sedikit pengalaman, aku membuat analisis:-
model lama-hp slide-nokia-cute-boleh jawab call-screen tak idup.
hmmmmmmm
berdasarkan syntom yg dinyatakan, dgn item bukan di depan mata, aku menyasarkan satu jawapan.
SKRIN ROSAK.
apa lagi, dapatkan skrin baru.

Tiba masa bertemu penjual tu, aku melihat dan mencoba hp tu, emmmm, jelas skali org jual ni x taw skrin tu dah pecah isi perut dia, mungkin akibat kejatuhan ke lantai. sesi tawar menewar pun berjalan dan ia dapat di beli dgn harga yg BOLEHLAH. Rm50.

Setiba di rumah, aku pun apa lagi, terus letak Hp tu atas meja dan tidur, kumpul tenaga.

02-11-2014(ahad)
Seawal 6pg aku dah kembali ke meja dan membuka laman youtube bagi mendapatkan teknik membuka hp tersebut, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan proses menukar skrin berlaku sekejap je.

Cemerlang skali hasilnya, syukur.
so lepas ni tinggal nak tukar batery sahaja memandangkan ia sudahpun hamil.

#pinkpower

Ahad, 19 Oktober 2014

P1 punya cerita

alkisah suatu masa dahulu, di zaman internet mahal ya ampun, termuncullah satu line internet ala2 mampu milik, p1 wimax.
jadi aku pun mencoba berurusan dgn mereka, kontrek 2 tahun, tapi yg geramnya aku punya set tu rosak pula charger dia, dh tpksa mod guna charger laptop acer, then guna charger printer HP, dan sejak 1.5tahun lalu aku guna power supply kmptr yg di ubahsuai.
habis cite charger, ni nk cite pasal line, aku awlnya melanggan pakej 384kbps, masa berlalu memaksa aku langgan pakej 1mbps pula, yg x puas hatinya dia call time aku kna operate gigi geraham, sabo je la, masa tu apa pun x leh pk, ye kan aje.
dah ternyambung pakej 2 tahun lg. P1 ni punya celaka, bayaran mmg dia nak penuh tapi servis yg dia bg x penuh plak, ada masanya sebulan leh pakai 10 hari je.
ada skali tu aku bayar dan kerani tempat bayar tu TERLUPA nak update bayaranku, sampai kna potong line, dah x psl2 aku kena kuarkan duit lebey untuk smbg smula perkhidmatan. Byk busuk najis semasa aku guna P1 ni, yg manisnya pun ada tapi tak seimbang.
so x lama lg kontrek aku habis n aku nak tamatkn perkhidmatan si celaka ni secepat mungkin, trima kasih untuk siri rompakan bergilir2 yg aku terima.
so lepas ni aku akn guna sim friendi or altel je memandangkan dua ni punya service mmg ok sepanjang percubaan sejak 6 bulan lalu.
cuma friendi x brapa clear jika d luar bandar tapi altel mantap walau di celah2 sawit pedalaman pahang. Suma ada pro n kontranya.
tapi bg aku lg baik pakai sim memandangkan dah x musim baca naruto kat pc, tulis blog pun dgn hp je ni.
so P1, di hujung kontrek aku nnt, jgn nk merayu bagai dgn aku sbb najis korg dh banyak sangat aku jumpa, adios.
kepada pembaca yg baru nk melanggan pelan internet yg perlahan n byk najis, sila teruskan niat anda, sy just bg pndpt je, pilihan di tandatangan anda, pk2 kan dan selamatkan duit anda.

Ahad, 12 Oktober 2014

balik kg lepas raya

raya haji beraya d jb, raya kedua dh p beli tiket balik phg, p beli naik motor, sampai kaunter aku pun beli tiket, dh 4 kali tanya n mamat tiket tu kompom tu tiket mlm, ok balik.
esoknya wife bgtaw yg tiket tu siang, the hell?????
aah la, siang. Adoi la nape la aku pcaya sgt dgn mamat tu. Trus p larkin lagi, kna teow pula dgn mamat tiket tu n di suruhnya aku tggu sampai tiket tu d jual baru aku leh dpt tiket yg benar.
ngarut.
aku cakap sebagai pembeli aku ada hak. Trus dia bg tiket baru.
tiba hari berangkat ke kmpg,
dari plentong kul 7 ptg, by bus maju, mujur jalan lancar, kul 8 dh sampai larkin, lapar pulak perut ni,p mkn roti canai n teh tarik, rm3.
beli air n akhbar rm3. Selepas 1.5jam menunggu,
kul 10mlm naik bus, perjalanan sangat selesa, kul 3pg dh sampai rmh ciktam.
duk sembang sampai pagi,
kul 720pg p bkt mendi naik kancil auto, peh, mmg selesa kecuali time naik bukit,
isi myk rm10 kat petronas kerayong,
sampai mendi n uruskan beberapa hal,
kul 10pg p triang n beli insuran d kdai pisang, kena rm106. Lepas siap tu trus ke bus stand triang untuk beli tiket ke seremban, rupanya bas ke seremban mmg dah nak jalan. Tiket rm14. keta cik tam tinggal d bus stand triang and aku teruskan perjalanan ke seremban pada jam 11pg by bus sri jengka lagi.
perjalanan ada berhenti di kemayan n bahau untuk ambil dannturunkan penumpang, yang hebatnya perjalanan ada stop for Lunch d sawah lebar selama 20menit. Aku pun beli sikit mknn dgn harga rm5.40
sampai di seremban, jumpa org n beli tiket lik jb, bus kkkl jam 3ptg, vip seat non-stop, ada sikit masa aku merayap n beli jajan rm10
tiket lik jb tadi tu rm28
sampai larkin trus cari bas lik plentong n tambangnya rm4,
mujur naik bus, rupanya itu bas last sebab ada jem truk di bandar.
kul 730 ptg dh sampai plentong dan di sambut uncit n mak d kdai mkn.


Sebaiknya dalam perjalanan jarak jauh by bus ni, buatlah waktu malam memandangkan siang tu mcm2 boleh buat, penjimatan masa kerana masa itu emas. Lagipun tdo dlm bus mmg sdp, aircond, sjuk je.

wow basikal roda empat.

berhujung minggu bagai kurang meriah tanpa membelek akhbar metro.
minggu ni ada kuar crita tentang basikal roda empat bernama trailcart. Satu ciptaan seperti atv tetapi ia fulltime 4wd dgn berenjinkan penunggang itu sendiri.
duduknya santai mcm go-cart tapi ada pengayuh, system kayuhan dari shimano menjana tenaga kinetik kepada empat tayarnya serta binaan badannya yang exclusive menjadikan ia tampan di jln biasa tapi lasak di jalan off-road.
tayarnya dari model atv membolehkan ia selesa berada di kebanyakan permukaan.
sempena harga minyak yang mesra rakyat, kos seleggaraan kenderaan yg turut meningkat, serta kesedaran untuk menurunkan berat badan, serta niat menjaga alam sekitar, marilah kita sama2 mengayuh ke tempat kerja(jika dekat la).
kepada yang bimbang basikal biasa meletup tayarnya, trailcart ini mungkin boleh membantu.

saya ada minat nak mencoba, anda bila lagi?

disini disajikan sedikit gambar, semoga bermanfaat kepada semua.

Ahad, 28 September 2014

cirit birit

29/9/2014
dah 3 hari aku melepek je sejak perutku di jamah cirit birit.
segalanya bermula pada jumaat lalu, balik kerja aku beli burger, sampai rmh, tgk2 dagingnya di belah dan ada byk rempah dlm tu, so x sdp sebab x rasa dgg, rasa rempah. Aku x oder pun burger rempah. Aku oder burger daging.
so sejak sabtu aku berusaha dgn kaedah2 biasa menangani cirit birit.
ahad, masih lagi sakit, p tnds kerap walau x mkn apa2 sejak sabtu. Tahan je.
sampai isnin pun maseh lg. kerap ke tandas, air je kluar. Bdn trasa kering, bibir merekah, malah seluar pun dh longgar.
pg2 aku berusaha ke clinic terdekat, di HSI, jgn kata nk masuk, parking pun penuh, ok, aku pun keluar, nak hala ke HSA, alamak x leh pusing, ada jem akibat kemalangan, teruskan ke tiram dgn sedikit harapan, amboi, mcm taw2 je, penuh n melimpah ruah, ok. Aku hala ke hospital kota tinggi.
parking selesa, layanan mesra.

Ahad, 14 September 2014

Timun & bawang biar lebih.

apa bende duk tajuk mcm ni,
nenek aku pun x nk baca.

tengok muka aku, ada aku kesah???

Semalam aku bersama family ke gerai sate untuk menikmati sepinggan sate
tengah sedap2 makan tu, aku dengar org table sebelah oder TIMUN DAN BAWANG BIAR LEBIH.

dia nak lebih?
untuk apa?
makan ye?
so jika peniaga suruh bayar lebih?


eh, jgn la marah, tanya je.

pada perkiraan aku lah, si peniaga mesti dah melakukan perkiraan kos untuk set yg dia jual. So apa yg kita dapat adalah berkadaran dengan yg di bayar.
apa masalah sampai minta lebih?
TAMAK?
ada masalahnya, mgkin yg mnta lebih ni happy sebab dapat lebih, tapi apa crita kpda peniaga yg kena keluarkan kos tambahan?
apa pula kesudahan crita kepada pembeli akhir yang mungkin x dapat bahagian yg sepatutnya?
ini tidak adil.
so kepada pembaca tajuk ni, termasuk lah aku sekali , mkn la dari hasil yg hak, bukan dari kerugian org lain.

#gambar monyet tu macam menunjukkan dia sedang membawa makanan tu kepada keluarga dia.