Ahad, 2 November 2014

Nokia X5-01 pula...

01-11-2014(sabtu)
Alkisah,
Setelah seminggu kerja malam, aku pun berehat dua hari untuk kembali bertugas di syif siang,

Seharian tidur dan malamnya aku melapangkan kepala setelah kekalahan JDT kepada pasukan pahang, aku membawa diri melunsuri internet demi mencari sesuatu yang tak pasti.

Aku terjumpa sebuah nokia pada harga dua angka, kelihatan masih baik, segera aku check spesifikasinya. Menarik,lantas aku hubungi sang peniaga melalui whatsapp dan ternyata item itu masih belum di jual.

Setelah beberapa soalan dan jawapan, aku mendapat tahu bahawa penjualnya menjual bagi pihak kawan, ini yang leceh, payah nak tanya maklumat dan sejarah hidup hp tu secara terperinci. Namun yang nyata ia adalah sebuah HP yg ROSAK screen dia tapi mampu menjawab panggilan.

Berdasarkan sedikit pengalaman, aku membuat analisis:-
model lama-hp slide-nokia-cute-boleh jawab call-screen tak idup.
hmmmmmmm
berdasarkan syntom yg dinyatakan, dgn item bukan di depan mata, aku menyasarkan satu jawapan.
SKRIN ROSAK.
apa lagi, dapatkan skrin baru.

Tiba masa bertemu penjual tu, aku melihat dan mencoba hp tu, emmmm, jelas skali org jual ni x taw skrin tu dah pecah isi perut dia, mungkin akibat kejatuhan ke lantai. sesi tawar menewar pun berjalan dan ia dapat di beli dgn harga yg BOLEHLAH. Rm50.

Setiba di rumah, aku pun apa lagi, terus letak Hp tu atas meja dan tidur, kumpul tenaga.

02-11-2014(ahad)
Seawal 6pg aku dah kembali ke meja dan membuka laman youtube bagi mendapatkan teknik membuka hp tersebut, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan proses menukar skrin berlaku sekejap je.

Cemerlang skali hasilnya, syukur.
so lepas ni tinggal nak tukar batery sahaja memandangkan ia sudahpun hamil.

#pinkpower

Tiada ulasan:

Catat Ulasan