Khamis, 24 September 2015

Wireless Mouse

assalamualaikum,

pasti ada di antara kita yang masih tersangkut dengan barangan lama sebab ia masih layak di pakai dan berfungsi dengan baik.

saya mempunyai sebuah mouse lama, optical mouse jenis berwire yg di beli dari Mr Diy store pada tahun 2012 lalu, masa tu mouse wireless ni harga paling murah pun rm35.

ia berkhidmat cemerlang walau kadang2 terpaksa di baling ke dinding sebab x berfungsi.
akhirnya baru2 ni ia mempunya masalah double click, sekali click dia jadi dua click, punyalah susah nak like kat facebook.

sudahnya, saya ke Mr Diy lagi dan kali ini untuk mendapatkan mouse wireless, setelah membelek dan menilai pelbagai sudut, akhirnya sebuah mouse wireless saya beli, ia berharga rm13.90
agak berbaloi untuk dimiliki kerana ia selesa di pegang, pergerakan yang lancar, yang penting, jarak dia 10meter, jauh pun x pe, x sangkut2 dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan