Sabtu, 13 September 2014

Nokia2 ku

Arggggh....

Mamat ni beli nokia lagi,
Apa yang hebat sangat dengan itu Nokia???

Setiap orang pasti ada alasan tersendiri, aku melihat HP seawal usia 13tahun, masa tu abgku menggunakan MOTOROLA lama, yg bateri boleh setebal seinci tu.

Aku kan adik,
So akulah operator tetap untuk mengeCAS batery boleh tanggal HP tu. dapat pegang bateri pun dah rasa best dah.

tak lama lepas tu abgku di pasir gudang pula menggunakan sagem 939
 
Hp ni boleh tahan la lasak dia, aku suka main game golf dlm hp ni.

Lpeas tu masuk lah ke zaman nokia ke dalam familyku,
nokia 5110, 3210, 3310, 3350, 8250 dan mcm2 lagi yang pernah di gunakan aku dan family aku, tapi abg aku di pasir gudang memey lelaki yang setia, nokia 3310 dia pakai sampai 4tahun, tukar pun batery dan housing jer, sampai dia dapat hp nokia N70 barulah HP tu dia masuk muzium(masih idup).

Aku sendiri pun pernah melalui bermacam2 model nokia dan utk tahun 2013-2014 sahaja, aku dah pakai 

nokia c3-01, enak di pakai, cuma masa tu aku tak biasa lagi dgn touch screen.
nokia x2, camera power, speaker best, yang x bestnya bila ada yang merembat.
nokia x3-02, kembali kepada touch n type semula, mengharapkan ada sinar kebahagian, namun keciwa bila set yg di beli rupanya dari longkang, pernah di latih untuk berenang rupanya, patut la cas penuh, 4 jam dah kong.
nokia series X2 lagi, yang ni no komen, mmg lasak, gmbr cantik, cuma jodoh tak panjang, usah di tanya kisahnya.
nokia asha 311, pemberian abgku, setelah di update dia punya software, terserlah kemantapan dia, dengan dia ni lah aku belajar update software hp nokia, kebetulan masa aku dapat, hp tu software crash, aku guna utk bahan study, berjaya beb.
hp ni adalah siri terbaik touch type yang aku pernah guna taw, malangnya ada masalah auto off yang mengeruhkan hubungan kami. di ceraikan talak 5.

nokia c3, yes, sampai sekarang aku guna, beli rm40 je sebab rosak, wifi x function, apa ada hal, aku pakai sim je la, 2g, mana2 pun ada line, tenyeh je.

11-nov-2014 selamat sampai ke tangan ku
nokia asha 302 pula menjadi pinangan kali ini, 
yg ni aku beli dengan harga rm60 (siap pos), sedang digunakan. 
Dah update SW. 
Lancar.

inilah siri terbaru dalam koleksiku, nokia x5-01, dibeli dgn harga rm50 pada 01-nov-2014 dan sedang di gunakan. kamera dia nice. body pun nice. pink power.

14-12-2014 bertambah satu lagi koleksi peribadi aku, nokia 5800, memula sampai mmg x best, lepas update SW, lega. dia punya map mmg best, camera auto focus, selesa la, x sia2 aku beli rm50.

urusannya bermula dua malam lepas, dan hp ni sampai ke tangan aku hari ini (11-mar-2015). 
kali ini nokia 6220c pula berjaya di pinang, 
sebenarnya target nak dapatkan sepupu dia, tapi yg ini lagi molek, tak sangka dapat. 
Hp ini lama bermastautin di tumpat kelantan, berkeadaan sadis semasa sampai kerana housing dia pecah dan ada sedikit black point di screen. software dia up-to-date woooo.
harga semasa beli? rm20 siap pos. tq old owner.


Hari ni hari pertama keje selepas cuti hari pekerja, 4 hari cuti tu duk rumah je, bersama anak isteri. Bosan plak hari ni, sambil2 sarapan, aku usha2 nokia lagi. Kali ni ternampak nokia asha 300 pula, model kelahiran oktober 2011 ni nampaknya masih boleh meneruskan sisa hidup di sampingku. Maka proses meminang dijalankan, dengan sekali push, sahlah ia milikku dengan harga rm30. masalahnya cuma kamera x leh on. apa ada hal. nnt lapang aku repair lah.
selepas melalui proses poslaju, 6 mei 2015 hp ni dah di tanganku. 
tq owner lama.


9-8-2015 aku sekali lagi terasa nak dapatkan hp baru, kali ni nak try model asha 501 lak pasal abg aku di bukit mendi tu asik2 tayang je hp dia, aku penah main hp dia, buruk je tapi prestasi mantap. I LIKE. so usha2 ada lah jumpa saya brader ni jual, aku laju2 email dia dan dia wassap aku, setelah berbual beberapa baris, aku kompom amek hp dia. petang aku proceed bayar. rm59 siap poslaju.
10-8-2015 dia pos dan 11-8-2015 barang dah sampai kat aku.
1st look mcm biasa, lepas beberapa kali belek, rupanya hp ni masih virgin lagi, tak kotor langsung. sticker ZITRON masih shining lagi.
well
tq owner lama.

Oktober 2015.
aku menamatkn koleksi nokia2 dgn model c3-01.
skrin problem.
Camera problem.
Kena tipu masa beli.
Katanya ok, cuma batery habis masa jumpa.
Siap kluarkn sim kad konon tadi dia guna.
Aku dh serik.
Dlm tgn skrg ada dua nokia je.
Asha 300.
nokia c3-01.

Sekarang dah masa aku rehatkn diri n memulakan zaman android semula.

Banyak suka duka kelat masin dlm menokia hidup ni.
Selamat tggl produk israel.
Welcome tu made in china.
Asal bukan support barang israel......



Jika di perhatikan sekitar kawasan ni, dah x berapa nak ada hp nokia dijual sebagai HP 2nd, knapa?
tak de harga atau x de minat nak jual?
yang ada hanyalah android, aku pun ada gak pakai beberapa android, tapi untuk internet je lah, nak guna utk rough2 ni x berani, bateri x tahan. buatnya ada hal penting, batery kong, mau aku jadi kingkong melayankan nya, x gtu?

Soalan?
pro?
Jenama terkenal, Nokia, bukan Nokla/Nolia.
batery tahan lama.
Body tahan Lasak.
No market Value(tertinggal pun x de sapa nk amek).
spare part mudah.

kon?
tak up to date(ye ke?).
housing payah nak dapat pasal zaman sekarang dah tak musim.
kecik(tak boleh tayang).
batery tahan(tak leh support bisnes cas hp).
skrin kecik(x leh curik tengok).

apa pun harga bukan ukuran, yang penting keselesaan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan