Ahad, 10 Ogos 2014

coolant merah good?

selamat hari raya kepada semua pembaca yg menyambut syawal.

hari ni aku ada sikit ruang lapang sebelum ke majlis open haus linda martopo.

so, apa lagi, dua2 motor pun dibasuh supaya dapat mengurangkan jumlah habuk di body motor, siap tu, wax pulak, then siap.

hmmmm, byk lagi masa lapang ni, teringat sesuatu, kereta dh 3 bulan d jb, coolant memang tak luak, cuma macam kurang mantap dah.

Terus park keta kat belakang rumah, biarkan sejuk then buka radiator cap, aiya, tadi merah, ni coklat, apa dh berlaku? Ada yg dh rabun warna ke?

buka pula nat drain, peh, pekat warnanya, bukan teh tarik ni, dh jd warna milo. Habis je coolant kuar, tutup semula nat drain, isi air paip, start seminit, coklat lagi. buka nat drain.

Proses ni aku ulang sampai airnya jernih, ada 5 kali bilas. Dh jernih airnya, aku buka n cuci pula tangki spare radiator ni, air ni dh level kopi taw, basuh, goncang dengan pasir, selesai masalah.

tangki spare dah bersih, dah pasang pun, coolant baru pun dimasukkan ke radiator, kali ni coolant hijau pula, dari jenama waxco, hantam sajalah apa brand pun, janji ia coolant.

dah isi air penuh dan start, level air pun dh stabil, dah sampai masa utk tutup.

skali tengok radiator cap tu dh rosak getahnya, ai, ko pun nk rawatan ye radiator cap?

so, kedua-dua getah radiator cap di ganti dengan getah tiub motor. Selesai masalah.

persoalannya disini, betul ke coolant merah(high performance) yang abang aku masukkan dalam tangki radiator tu? Atau ia sekadar produk palsu dgn pewarna sirap supaya merah dan dijual rm25 sebotol?

perhatian kepada para pengguna di luar sana, jangan mudah tergoda dengan coolant merah di luar sana, mungkin ada yang fikir, mahal itu ori, tapi puak penipu juga manusia yang memahami konsep ini, semoga berjumpa lagi dalam next entry.

pastikan diri anda tidak di hantui......
SCAMMER.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan