Ahad, 15 Mac 2015

selamat tinggal P1

bertemu lagi,

sejak semalam aku demam dan berak darah.
dah la sakit seluruh badan, ngeri pula nak masuk tandas.
adoi la.

hari ni aku masih sakit dan tidak larat nak bertugas, so aku pun ke clinic dan mendapatkan ubat dan slip mc.
alang2 dah mc, aku pun duk termenung berehat, lapang ni, takkan nak termenung sampai jadi batu.

so aku pun ajak la wife p ke pejabat P1 untuk menamatkan perkhidmatan pembekal internet ni memandangkan ia seumpama satu bnda yg di bayar tapi tak pakai(membazir).

kenapa ajak wife?
sebab dia driver, aku x larat nak bawa motor dah.

di sana aku di minta membayar sejumlah rm98 untuk menamatkan perkhidmatan dan mesti bayar kalo x bayar, x boleh tamatkan.

pulak?

aku yg kesakitan ni pun minta dia pk sikit, dah la bnda x leh pakai, line mcm suck snail, lagi nak kne bayar, selepas aku bebel kat dia beberapa minit, dia pun kata dia boleh tolong kurangkan bayaran, eh tadi kata rm98, ni dah rm61 pulak?

ok, aku pun bayar dan selamat tinggal p1, damailah engkau di sana.

tapi lps balik aku termenung lagi,
dulu masa nak apply, baik je dia punya promoter kata itu modem tak payah pulang balik sebab ia hak pelanggan.
tapi bila baca internet, aku dpt tau kne pulang modem.
bila pi P!stop mereka kata kena pulangkan sebab ia adalah sewa.

modem dia guna adapter, baru pakai setahun dah meletup, terpaksa aku modify guna power supply bagai.
tadi aku di beritahu barang tu kalo rosak kena bawa p pejabat p1 sebab ia ada warranty(promoter x cite plak bab ni)

apa2 pun aku dah lps satu pembaziran.

lepas ni au cadang nak pakai sim kad je, buh dlm hp, time nak berblog je aku smbg pc, senang n jimat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan