Khamis, 24 September 2015

Wireless Mouse

assalamualaikum,

pasti ada di antara kita yang masih tersangkut dengan barangan lama sebab ia masih layak di pakai dan berfungsi dengan baik.

saya mempunyai sebuah mouse lama, optical mouse jenis berwire yg di beli dari Mr Diy store pada tahun 2012 lalu, masa tu mouse wireless ni harga paling murah pun rm35.

ia berkhidmat cemerlang walau kadang2 terpaksa di baling ke dinding sebab x berfungsi.
akhirnya baru2 ni ia mempunya masalah double click, sekali click dia jadi dua click, punyalah susah nak like kat facebook.

sudahnya, saya ke Mr Diy lagi dan kali ini untuk mendapatkan mouse wireless, setelah membelek dan menilai pelbagai sudut, akhirnya sebuah mouse wireless saya beli, ia berharga rm13.90
agak berbaloi untuk dimiliki kerana ia selesa di pegang, pergerakan yang lancar, yang penting, jarak dia 10meter, jauh pun x pe, x sangkut2 dah.

Jumaat, 11 September 2015

kehebatan sesetengah melayu

assalamualaikum...

semasa berehat2 di hujung minggu, terlihat anak iban bermesraan lelaki n wanita di park motor, bangsa iban ni warnanya lebih kurang melayu cuma jangan salah faham, mereka ni bukan melayu n jgn salah tangkap plak. huhuhu.

tringat satu peristiwa semasa aku niaga dulu, bagi memenuhkan kedai aku, aku pun p lah beli hp2 2nd utk d park dlm kedai, so urusan jual beli pun berjalan. tiba2 satu malam tu, kedai aku di kunjungi(di serang) beberapa puluh buah motor jagoan kampung yg menyerang aku dengan mengatakan aku menjual hp curi. wow.

penyerang mengatakan hp tu hilang beberapa bulan lalu semasa ia di tinggalkan dalam bakul motor.
dia juga mengatakan dia dapat mengecam hp tu berdasarkan gambar serta profile yg ada dalam hp tu.
dia mahu membawa aku ke balai untuk dipenjarakan kerana mencuri.

hairan.
1-hp tu aku jual kepada seorang budak indonesia yg sangat mesra alam, mudah di pinjam hartanya.
2-hp tu dah d factory reset, mana mungkin ada profile atau gambar peribadi melekat dalam tu.
3-bukan sebiji je hp nokia n-gage dalam malaysia ni.
4-kalo dah hilang beberapa bulan lau, kenapa sekarang baru nak bawa aku, hp n dak indon tu ke balai, apa bukti hp tu hilang?
5-jika benar dia yg hilang hp n hp tu di guna oleh budak indon tu, dia patut syukur sebab maseh boleh jumpa hp dia.
6-apa mungkin hp yg dah di factory reset masih ada sisa profile n picture d dalamnya?
7-kok ye hp hilang, nape x buat report pulis, ni x, jumpa jenis yg sama, indon pakai, nak pow la, then nak libatkan aku plak.

inilah dia jagoan melayu, sesama bangsa memang dia nak balun, nak lasi lumpuh n lunyai, tapi bila aku bagitau dgn cina mana aku amek bekalan, trus senyap plak. x brani ke dgn cina? ke baru teringat yg hp tu x hilang, tapi di pajak ke cina tu untuk membeli sesuatu?

ingatan buat samseng di luar sana, kalo hebat sangat, x payah la nk buli sesama bangsa, kot yg ko buli tu ayah2, dah makan x sudah.

Sabtu, 27 Jun 2015

Pengambaran dalam pengembaraan


Assalamualaikum,
hidup adalah sesuatu yg belum pasti bila titiknya.

pengembaraan adalah sesuatu yg berbaloi dilakukan dan pengambaran adalah coretan pengembaraan yg memegang memory suatu pengembaraan itu dengan lebih jelas@stabil.

dalam meniti perjalanan ini, beberapa gadget yg aku miliki punyai nilai tersendiri walaupun agak yesterday berbanding dengan gadget hari ini.

Untuk pengambaran, gadget pengambaran terbaik yg pernah aku miliki adalah nokia 5800, walau ia sebuah hp, namun fungsi pengambaran adalah baik dan tidak mengecewakan. ada auto-focus, ada flash, eh, memang berbaloi dengan harga rm50.

untuk muzik pula aku memilih nokia asha 302 dan nokia c3 kerana ia mudah di kendalikan memandangkan kereta aku tak de set radio, hanya ada speaker computer rm10 yg mendapatkan bekalan tenaga dari charger hp kedai eco(rm2). nokia asha 302 ada jack 3.5mm, so x de masalah untuk menyambungkannya. siaran radio memang ok tapi majority aku memilih siaran mp3 sebab malas nak dengar celoteh tah hape2 tah.

supaya penjimatan masa dan bahan api di capai, kita memerlukan gps. sekali lagi aku memilih nokia 5800 kerana peta offline dia yg menjimatkan data. sekali download, pakai je la lepas tu sampai lebam. pengalaman aku dengan dia ni mmg best.

untuk pengambaran dalam perjalanan pula aku menggunakan kamera yg dibeli di lazada, rm55 je pun, setakat ni prestasi memang ok dan ia berbaloi untuk dimiliki. dalam perjalanan kena ada mata tambahan sebab mana taw kita di buli dalam perjalanan, so ada bukti.

Teknologi masa kini, android, ada beauty camera, amek gmbr, tekan butang sikit, trus cantik.
Then post kat fb.
Ramai like.
Skali di alam nyata, terjumpa d pasaraya, aku x knl, jgn marah ye sebab d alam maya ko cntik sgt smpai jauh beza dgn yg nyata.


Rabu, 15 April 2015

keluhan hati si pemandu macam aku

kisah bermula pada ahad minggu lepas, masa tu nak p beli tiket tengok ff7, keluar dari rumah, hujan, terus on aircond, eh, apahal keta ni mati di trafik light?

asal slow je mati
asal turun bukit je mati
tak kira di mana jua, so bermulalah aku pening2.
mula2 cuci plug, tak ngam,
cuci carb, tak jadi,
tukar distributor cap, same gak
tukar plug, masih mcm tu gak.

trus p rumah pomen, crita masalah
katanya slow choke,
apa tu, aku bantai cuci carb sekali lagi, same jew.

so last2 bawa p rumah pomen, dia main2 jap carb dah ok, eh, hairan...
tak pe
esok kita coba test drive lagi,

coba punya coba, tanggal 18-04-2015 semasa turun bukit masalah berulang kembali, aku memang cuak pasal brek x fungsi jika enjin mati, no pressure.

trus bersusah payah bawa p pomen, pomen cadangkan servis carb, ok, kita coba servis carb walaupun ada beberapa pendapat mengatakan ia berpunca dari ac pump/fuel pump.

27-04-2015
selepas seminggu kereta di workshop, dah habis rm30 bayar upah servis carb, jadi lagi masalah tu, adoi lah, jadinya semasa bukit yg aku terasa sangat tu, asal turun bukit tesco je jadi nak mampus/mampus.
fuel filter dah tukar, apa lagi dia mau?
mggu depan aku coba mencari solusi lain, mungkin nak kna tukar carb n fuel pump.
#dah seminggu aku tdo x lena, bini bertayar sakit, sapa boleh selesa...

03-05-2015
hari ni cuti, so lepas menelaah di google, ada dua benda di syaki bermasalah
carburator
fuel pump
so sad, aku pun p la dekat keta, basuh keta then buka tengok keadaan carb aku, pomen tua tu dah ketuk barang kat carb aku sampai kemek, cilaka punya tua, dah lah upah mahal, ko ketuk barang aku lagi, kalo ko x taw buat bgtaw je, jgn rosakkan barang orang. para pembaca sekalian pasti boleh menilai sendiri cara kerja mekanik tua kutuk tu berdasarkan gambar di bawah.
sebelum hantar servis

selepas hantar servis


benda pun dah jadi, aku ni orang yang teraniaya berdoa agar ada kebaikan pada aku dengan apa yg terjadi ni.
semalam sebelum tidur aku sempat menghubungi sorg brader ni, dia ada jual carb, so aku tukar carb dulu, kalo x ok gak, baru aku tukar fuel pump.
cadangnya nak pakai elektrik fuel pump.ni gambar aku jumpa di mudah.

mcm ni rupanya barang ni, ok, aku coba satu2
hope my ke70 boleh sihat semula.

8-5-2015
aku ke seremban untuk amek carb, ayat org tu punya baik, kata boleh trus pakai la apa lah, semasa aku dah amek, org lain dtg hantar brg, katanya dia bz, ok.
sialnya lepas aku dalam bus lik jb dia ada msj gtaw suruh hantar cina sevis sebelum leh pakai, emmm, memula kata lain.
sampai jb aku buka tengok dalam, peh, memang sial mamak yang jual kat aku carb ni, ko dah rogol carb ni sampai barai, ko jual kata barang baek.
kena dah aku, aduh laaaaaaaa. rm50 pun duit pe.

27-5-2015
aku call abg aku di pahang, tya kot2 ada apa solusi, dia biasa main keta lama.dia suruh balik, dia ada sebiji carb lama yang mungkin boleh membantu aku selesai masalah ni.

30-5-2015
aku memulakan perjalanan ke pahang by bus, walaupun perjalanan lembap mcm celaka sebab driver tidak pandai tekan minyak, aku sabar je, perjalanan dari larkin jam 10pg berakhir di kerayong pada jam 1655ptg,
adapaun kepulangan aku ke negeri pahang adalah untuk mengambil carburator datsun tonggek, carb ni pernah di gunakan dalam suzuki aito. aku amek carb ni berserta dengan tapaknya sekali.
seminggu kemudian, setelah aku:-
-bersihkan dan ratakan tapak carb.
-dapatkan nat dan repair skru tapak carb
-cat semula tapak carb supaya tahan karat
-dapatkan hose tubing minyak yang baru untuk hubungan antara carb dgn fuel pump n distributor set.
-buat gasket untuk carb n tapak carb.
-buat ring getah untuk penapis udara dan carb
-modify kaki penapis udara agak bersesuaian dgn carb baru

pada tarikh 6/6/2015 abg aku pun datang untuk merasmikan first start with new carb, alhamdulillah, dua kali start dah idup, mcm x percaya, enjin sgt senyap.

hari ni (7-6-2015) setelah lebih dua bulan kereta ni park sahaja di parking, aku bawa ia keluar dan melakukan sedikit rondaan bagi menghilangkan lenguh2 badan kereta ni. nampaknya kereta ke70 aku yg ni pun bernadikan carb datsun tonggek.

esok pagi nak bank in duit kepada agen insuran, so lunch aku dah boleh p renew roadtax.

14-6-2015
roadtax dah siap, keta pun dah ok, aku merayap.
mula nak p pontian, hujan lebat.
cancel, hala pula ke kota tinggi.
dah habis jalan2, dalam perjalanan pulang, keta semput, mcm keta jalan 3 piston.
sampai rumah, bagi enjin sejuk, buka, plug pertama lagi yg kotor.
lepas tukar, dah ok.

20-6-2015
touch up cat pada body dan cat selapis lagi pada headliner.
pusing2 cari baju raya anak2

19-7-2015
hari ni aku dah sampai semula ke jb dari kampung ku di pahang, perjalanan di musim raya dengan banyak jem dan penggunaan gear yang tidak menentu memberikan impak kepada penggunaan petrol.
pulang ke pahang rm35 dengan petron petron 95.
pulang ke jb rm40 dengan petrol caltex 95.(banyak jem)

7/8/2015
aku membawa kereta ke apek di masai untuk menukar clutch plate. Apek tu test dan mengatakan clutch banyak lagi, buang duit kalo tukar, then dia jadi bos duk blakang masa sesi test drive, selepas tu dia pasangkan plug lain(2nd hand) dan mengadjust kedudukan distributor body.
alhamdulillah, dah sedap jalan.

13/8/2015
aku pasang air filter baru sebab yg lama tu dah agak kotor.

14/8/2015
aku ke pontian untuk sesi panas enjin kereta..

30/10/2015.
selepas anual diner aku gerak lik phg.
Kul 8 mlm dari sini.
Kul 2pg sampai kmpg.
310km=rm30petrol(rm2.05/liter)
Balik jb rm50 pasal muatan/kargo penuh + ada bunyi bdesing dari arah carb keta.
Bunyi tu hilang bila tekan myk.

1/11/2015.
Buka carb n dapati kertas gasket dah crack.

2/11/2015.
Buat gasket dan pasang semula carb.
Enjin kembali senyap tanpa bunyi bdesing dah.


kadang2 aku pun tak taw, mungkin tindakan kita sama cuma rahsia di sebalik tindakan tu tak sama
pemahaman terhadap sesuatu tindakan tu berbeza boleh membawa kepada hasil yg berbeza,

ini lah yg di sebutkan PENGALAMAN.

Ahad, 29 Mac 2015

gunakan nokia lama anda sebagai modem

Assalamualaikum,
bertemu lagi dalam blog ni,
sudah update hp anda?
bagus.
tak nak pun x pe, itu hak anda.
kepada yg menggunakan hp dan melanggan pakej internet edisi bulanan contohnya mcm saya yg melanggan pakej dari friendi, saya suka melanggan pakej sebulan terus,
Dengan modal serendah rm12, saya membeli pakej 300mb untuk tempoh sebulan, so sebab saya menggunakan nokia, biasanya hanya 50mb sahaja sebulan saya guna. banyak lagi bakinya,
membazir?
tak lah, saya kadang2 guna hp saya sebagai modem, tak payah nak tambah sim, tak payah nak beli adapter bagai, pakai usb cable je.
Jika dapat cable high speed, lagi best.

how to do?
mula2 download nokia suite
install lah ia
dah siap install, sambungkan dengan hp nokia anda
macam saya ni guna nokia asha 302
terpapar pilihan untuk SAMBUNG SEKARANG di sebelah kiri


klik pilihan itu dan tggu sebentar dlm 3 saat untuk menyambung dan kemudian dah boleh guna.

walaupun di tulis 460.0kbps
aku download mcm2 dah, relax je, laju.
tak mcm P1 yg tulis dia 1mbps(mak bapak punya slow)

enjoy...

Ahad, 15 Mac 2015

selamat tinggal P1

bertemu lagi,

sejak semalam aku demam dan berak darah.
dah la sakit seluruh badan, ngeri pula nak masuk tandas.
adoi la.

hari ni aku masih sakit dan tidak larat nak bertugas, so aku pun ke clinic dan mendapatkan ubat dan slip mc.
alang2 dah mc, aku pun duk termenung berehat, lapang ni, takkan nak termenung sampai jadi batu.

so aku pun ajak la wife p ke pejabat P1 untuk menamatkan perkhidmatan pembekal internet ni memandangkan ia seumpama satu bnda yg di bayar tapi tak pakai(membazir).

kenapa ajak wife?
sebab dia driver, aku x larat nak bawa motor dah.

di sana aku di minta membayar sejumlah rm98 untuk menamatkan perkhidmatan dan mesti bayar kalo x bayar, x boleh tamatkan.

pulak?

aku yg kesakitan ni pun minta dia pk sikit, dah la bnda x leh pakai, line mcm suck snail, lagi nak kne bayar, selepas aku bebel kat dia beberapa minit, dia pun kata dia boleh tolong kurangkan bayaran, eh tadi kata rm98, ni dah rm61 pulak?

ok, aku pun bayar dan selamat tinggal p1, damailah engkau di sana.

tapi lps balik aku termenung lagi,
dulu masa nak apply, baik je dia punya promoter kata itu modem tak payah pulang balik sebab ia hak pelanggan.
tapi bila baca internet, aku dpt tau kne pulang modem.
bila pi P!stop mereka kata kena pulangkan sebab ia adalah sewa.

modem dia guna adapter, baru pakai setahun dah meletup, terpaksa aku modify guna power supply bagai.
tadi aku di beritahu barang tu kalo rosak kena bawa p pejabat p1 sebab ia ada warranty(promoter x cite plak bab ni)

apa2 pun aku dah lps satu pembaziran.

lepas ni au cadang nak pakai sim kad je, buh dlm hp, time nak berblog je aku smbg pc, senang n jimat.


Jumaat, 13 Februari 2015

Job belambak

Apalah nasib,
Org lain makin nak cny, makin relax.
Ni kami makin bertambah job.
Ini mungkin berikutan kepulangan china worker ke tanah besar.

13/8/2015
dah dua hari aku demam, sakit kepala kemain lagi.
tengahari aku ke doktor.
cek blood pressure, 5 kali cek. doktor x pecaya dengan result yg dia tengok.
170/100
dia kata tinggi.
aku mana taw, iakan je lah.
di bekalkan dengan ubat darah tinggi, aku di suruh berehat.
patutlah sakit sangat kepala ni.

Kje klg, mcm ni la, tapi aku mmg x suka dgn bnda urgent, ko nk lawa, ko nk cun, lagi nk cepat????
Buat sendiri lah.