Rabu, 15 April 2015

keluhan hati si pemandu macam aku

kisah bermula pada ahad minggu lepas, masa tu nak p beli tiket tengok ff7, keluar dari rumah, hujan, terus on aircond, eh, apahal keta ni mati di trafik light?

asal slow je mati
asal turun bukit je mati
tak kira di mana jua, so bermulalah aku pening2.
mula2 cuci plug, tak ngam,
cuci carb, tak jadi,
tukar distributor cap, same gak
tukar plug, masih mcm tu gak.

trus p rumah pomen, crita masalah
katanya slow choke,
apa tu, aku bantai cuci carb sekali lagi, same jew.

so last2 bawa p rumah pomen, dia main2 jap carb dah ok, eh, hairan...
tak pe
esok kita coba test drive lagi,

coba punya coba, tanggal 18-04-2015 semasa turun bukit masalah berulang kembali, aku memang cuak pasal brek x fungsi jika enjin mati, no pressure.

trus bersusah payah bawa p pomen, pomen cadangkan servis carb, ok, kita coba servis carb walaupun ada beberapa pendapat mengatakan ia berpunca dari ac pump/fuel pump.

27-04-2015
selepas seminggu kereta di workshop, dah habis rm30 bayar upah servis carb, jadi lagi masalah tu, adoi lah, jadinya semasa bukit yg aku terasa sangat tu, asal turun bukit tesco je jadi nak mampus/mampus.
fuel filter dah tukar, apa lagi dia mau?
mggu depan aku coba mencari solusi lain, mungkin nak kna tukar carb n fuel pump.
#dah seminggu aku tdo x lena, bini bertayar sakit, sapa boleh selesa...

03-05-2015
hari ni cuti, so lepas menelaah di google, ada dua benda di syaki bermasalah
carburator
fuel pump
so sad, aku pun p la dekat keta, basuh keta then buka tengok keadaan carb aku, pomen tua tu dah ketuk barang kat carb aku sampai kemek, cilaka punya tua, dah lah upah mahal, ko ketuk barang aku lagi, kalo ko x taw buat bgtaw je, jgn rosakkan barang orang. para pembaca sekalian pasti boleh menilai sendiri cara kerja mekanik tua kutuk tu berdasarkan gambar di bawah.
sebelum hantar servis

selepas hantar servis


benda pun dah jadi, aku ni orang yang teraniaya berdoa agar ada kebaikan pada aku dengan apa yg terjadi ni.
semalam sebelum tidur aku sempat menghubungi sorg brader ni, dia ada jual carb, so aku tukar carb dulu, kalo x ok gak, baru aku tukar fuel pump.
cadangnya nak pakai elektrik fuel pump.ni gambar aku jumpa di mudah.

mcm ni rupanya barang ni, ok, aku coba satu2
hope my ke70 boleh sihat semula.

8-5-2015
aku ke seremban untuk amek carb, ayat org tu punya baik, kata boleh trus pakai la apa lah, semasa aku dah amek, org lain dtg hantar brg, katanya dia bz, ok.
sialnya lepas aku dalam bus lik jb dia ada msj gtaw suruh hantar cina sevis sebelum leh pakai, emmm, memula kata lain.
sampai jb aku buka tengok dalam, peh, memang sial mamak yang jual kat aku carb ni, ko dah rogol carb ni sampai barai, ko jual kata barang baek.
kena dah aku, aduh laaaaaaaa. rm50 pun duit pe.

27-5-2015
aku call abg aku di pahang, tya kot2 ada apa solusi, dia biasa main keta lama.dia suruh balik, dia ada sebiji carb lama yang mungkin boleh membantu aku selesai masalah ni.

30-5-2015
aku memulakan perjalanan ke pahang by bus, walaupun perjalanan lembap mcm celaka sebab driver tidak pandai tekan minyak, aku sabar je, perjalanan dari larkin jam 10pg berakhir di kerayong pada jam 1655ptg,
adapaun kepulangan aku ke negeri pahang adalah untuk mengambil carburator datsun tonggek, carb ni pernah di gunakan dalam suzuki aito. aku amek carb ni berserta dengan tapaknya sekali.
seminggu kemudian, setelah aku:-
-bersihkan dan ratakan tapak carb.
-dapatkan nat dan repair skru tapak carb
-cat semula tapak carb supaya tahan karat
-dapatkan hose tubing minyak yang baru untuk hubungan antara carb dgn fuel pump n distributor set.
-buat gasket untuk carb n tapak carb.
-buat ring getah untuk penapis udara dan carb
-modify kaki penapis udara agak bersesuaian dgn carb baru

pada tarikh 6/6/2015 abg aku pun datang untuk merasmikan first start with new carb, alhamdulillah, dua kali start dah idup, mcm x percaya, enjin sgt senyap.

hari ni (7-6-2015) setelah lebih dua bulan kereta ni park sahaja di parking, aku bawa ia keluar dan melakukan sedikit rondaan bagi menghilangkan lenguh2 badan kereta ni. nampaknya kereta ke70 aku yg ni pun bernadikan carb datsun tonggek.

esok pagi nak bank in duit kepada agen insuran, so lunch aku dah boleh p renew roadtax.

14-6-2015
roadtax dah siap, keta pun dah ok, aku merayap.
mula nak p pontian, hujan lebat.
cancel, hala pula ke kota tinggi.
dah habis jalan2, dalam perjalanan pulang, keta semput, mcm keta jalan 3 piston.
sampai rumah, bagi enjin sejuk, buka, plug pertama lagi yg kotor.
lepas tukar, dah ok.

20-6-2015
touch up cat pada body dan cat selapis lagi pada headliner.
pusing2 cari baju raya anak2

19-7-2015
hari ni aku dah sampai semula ke jb dari kampung ku di pahang, perjalanan di musim raya dengan banyak jem dan penggunaan gear yang tidak menentu memberikan impak kepada penggunaan petrol.
pulang ke pahang rm35 dengan petron petron 95.
pulang ke jb rm40 dengan petrol caltex 95.(banyak jem)

7/8/2015
aku membawa kereta ke apek di masai untuk menukar clutch plate. Apek tu test dan mengatakan clutch banyak lagi, buang duit kalo tukar, then dia jadi bos duk blakang masa sesi test drive, selepas tu dia pasangkan plug lain(2nd hand) dan mengadjust kedudukan distributor body.
alhamdulillah, dah sedap jalan.

13/8/2015
aku pasang air filter baru sebab yg lama tu dah agak kotor.

14/8/2015
aku ke pontian untuk sesi panas enjin kereta..

30/10/2015.
selepas anual diner aku gerak lik phg.
Kul 8 mlm dari sini.
Kul 2pg sampai kmpg.
310km=rm30petrol(rm2.05/liter)
Balik jb rm50 pasal muatan/kargo penuh + ada bunyi bdesing dari arah carb keta.
Bunyi tu hilang bila tekan myk.

1/11/2015.
Buka carb n dapati kertas gasket dah crack.

2/11/2015.
Buat gasket dan pasang semula carb.
Enjin kembali senyap tanpa bunyi bdesing dah.


kadang2 aku pun tak taw, mungkin tindakan kita sama cuma rahsia di sebalik tindakan tu tak sama
pemahaman terhadap sesuatu tindakan tu berbeza boleh membawa kepada hasil yg berbeza,

ini lah yg di sebutkan PENGALAMAN.